Bismillahirrahmanirrahim

Ini blog pètama saya
Ntah camana nak mulakan

Sebagai hamba yang kerdil, baik saya bercerita tentang Tuhan

Tuhan kita Allah
Dia yang menjadikan kita
Mekanisma yang membentuk kita, hanya Dia yang mencipta.

Bagaimana jika kita rosak, hanya dengan cara Dia  boleh betulkan balik

Bila Dia suruh kita solat
Itu maknanya melengkapkan ruh yang ditiup
Memberi sumber kekuatan di hari akhirat

 Bila Dia suruh kita mengaji
Itu maknaNya Dia mahu kita fahami betapa rasa cintaNya yang mendalam buat kita

Bila Dia suruh kita menutup aurat
Itu maknanya dia memelihara kita dari panahan pandangan mata syaitan yang maha jahat.
Itu juga maknanya Dia menjaga kita dari wabak yang berjangkit
Macam wabak zika
Cara untuk jauhi
Aedes yang menggigit
Pakailah baju berlengan panjang
Tidak tembus gigitan di lapisan fabrik.

Itu belum dikira nikmat kesihatan
Dengan sihat
Kita tak sakit kulit
Dengan sihat kita tak sakit buah pinggang
Dengan sihat kita tiada jangkitan darah tinggi
Dengan sihat kita bersih kanser
Dengan sihat kita senang berjalan.
Dengan sihat kita senang tersenyum.
Dengan sihat kita boleh melambai kawan2
Dengan sihat mata kita melihat
Dengan sihat kita boleh mengunyah makanan

Allah
Apa lagi nikmat kesihatan yang kita cuba tidakkannya sebagai sebuah nikmat
Nikmat
Nikmat
Rasanya bukan pada badan
Tapi pada hati

Namun, mampukah kita hadapi
Kehilangan sebuah nikmat kesihatan.
Mampukah kita tanggung nikmat kesakitan pula
Mampukah kita bersabar dengan keterbatasan kesihatan yang diambil.
Mampukah kita?

Bersyukurlah
Bersyukurlah masih dipanjangkan nikmat sihat.
Jagalah
Peliharalah
Tatanglah
Nikmat menjadi sihat


ALLAH itu Tuhan kita

Comments

Popular Posts